Hello Kawaii Peeps, apa khabar?
Untuk tajuk kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda kaedah-kaedah mencuci wajah yang betul, rekomen dari kebanyakan pakar-pakai dermatologi, beauty consultant dan blogger atau youtuber Korea.
Setelah penat seharian bekerja dengan make up yang tebal, perkara pertama apakah yang biasanya anda akan buat?
"tidurrr"
salah tu..
Ingat, jangan sekali-kali, ever, neverrr ever tau tidur dalam keadaan makeup yang masih bertempel di muka walau penat caman sekalipun. Nanti habislah kulit muka korang, bintik sana sini, naik jerawat, dan merosakkan tekstur kulit.
1. Cek PH Level
Sebelum mencuci, pastikan jenis pencuci wajah, cleanser, dan makeup remover itu sesuai dengan kulit anda terlebih dahulu. Walau jenama apa sekalipun pastikan, semak PH Level setiap pencuci terlebih dahulu menggunakan kertas litmus. Jika warnanya bertukar kuning, ia bermaksud terlebih asid. Jika bertukar hijau, kandungannya lebih bersifat alkali.
Pencuci bersifat alkali bertindak mencuci wajah secara lebih mendalam (deep cleansing), namun, kebarangkalian untuk merosakkan keanjalan kulit adalah tinggi. Elakkan dari menggunakan pencuci bersifat ini terutama kepada mereka yang memiliki kulit yang kering atau sensitif. Saya rekomen anda gunakan cleanser Clinique kerana PH Level dia cuma pH 5, sebab dah pakai makeup remover kan.
Mungkin ada sesetengah orang lebih suka menggunakan sabun ketul. Kebanyakan sabun bersifat alkali di mana menyebabkan kulit menjadi kering. Macam saya jenis kulit berminyak di bahagian belakang badan, so saya suka la juga pakai sabun ketul dari sabun cecair tu. Tapi untuk mereka yang berkulit kering, anda kena pilih sabun ketul di bawah pH8. Antara sabun ketul yang disyorkan adalah 'Dove'. Well, sabun-sabun kebanyakan tu taklah teruk sangat sebab basically dia cuma bantu membuang sel kulit mati. Cuma mungkin agak 'harsh' sikit la untuk kulit halus seorang wanita. Kalau kulit tahan macam saya, rasanya takde masalah. Haha..
Powdered Enzyme Cleanser?
Tak tahu la kalau ada yang pakai. Saya pun first time dengar. Basically di Malaysia, kita tak guna pun serbuk pencuci berenzim. Dah macam guna sabun basuh baju je kan?
Jenis pencuci ni gunanya untuk membuang protein dan minyak. Dia bersifat aktif membuang minyak apabila bercampur dengan air. Macam sabun basuh baju. Kalau belajar sains dulu-dulu, dalam sabun baju pun ada enzyme. Bila berkocak dengan air, tanggal lah kotoran macam dalam iklan-iklan di tv. Pencuci jenis serbuk ni hanya sesuai untuk mereka yang memiliki wajah yang berminyak sahaja. Sekarang, company dah banyak jadikan ia sebagai Foam Cleanser.
2. Kenalpasti Jenis Makeup Remover
Gunakan makeup remover terlebih dahulu sebelum menggunakan cleanser bagi mereka yang mengenakan makeup. Gunakan cleansing oil jika mengenakan makeup yang tebal. Manakala kepada mereka yang hanya mengenakan makeup ringan seperti BB Cream atau sekadar sunblock, lebih sesuai dengan cleansing water. Antara perbezaan kedua jenis remover ni yang saya tahu, cleansing oil ni lebih bertekstur seperti lotion dan mengandungi kandungan mineral. Susah-susah sangat, ha senang je nak bezakan. Kalau Cleansing oil ni dia mesti boleh picit. Sebab dia lebih bertekstur. Kalu jenis water biasanya mcm cap je, dlm bentuk botol-botol. So kalau nak cuci bahagian mata atau bibir, pakai la cleansing water sebab bahagian tu nipis dan sensitif.
Cleansing Oil
Cleansing water
Tak perlu cari jenama mahal-mahal, saya rekomen pada anda produk yang lebih murah dan mudah didapati seperti Garnier. Selain tidak memberi iritasi pada kulit, Garnier cleansing water kalau anda lihat, ada tulisan 'Micellar' pada botol. Maksudnya partikel Micellar ni mengeluarkan kotoran macam pencuci. Tak perlu bilasan air untuk toning effect.
3. Mesti Ikut Step
Wapkan muka dengan air suam-suam kuku untuk membuka liang pori. Kemudian mesti kena gunakan Makeup remover dulu baru pencuci. Ramai yang silap tentang ni yang berfikir, cleanser dan makeup remover tu fungsinya sama!
Cleansing oil/water bertindak sebagai detergen untuk mencairkan makeup manakala pencuci (cleanser) berfungsi membuang kotoran. Kalau terus guna pencuci sebelum makeup remover, nanti pembersihan tu tak secara menyeluruh. Masih ada sisa yang tertinggal. Lepas guna makeup remover, jangan lupa bilas dengan air dulu sebelum mencuci.
Seterusnya, macam biasa, selepas mencuci, terus apply toner untuk menutup liang pori atau bilas saja dengan air sejuk. Kalau boleh masa skin tengah basah-basah lagi bagi memerangkap air ke dalam kulit. Apply moisturiser, serum dan tidur..
Kepada yang memiliki kulit berminyak atau combined skin macam saya, jangan guna moisturiser dari Korea sebab kebanyakan produk-produk mereka sangat moisturize disebabkan cuaca di sana yang sejuk lagi kering. Kalau saya, saya selalu gunakannya dalam kuantiti yang sedikit dan lepas tu apply bedak bayi bagi mengurangkan minyak sambil 'mengunci' lembapan pada kulit.
4. Semak Kandungan Bahan (Ingredients)
Kalau boleh gunakan bahan berasaskan semulajadi yang bebas bahan kimia. Sebab apa, bahan-bahan ni juga yang akan menyerap masuk dalam kulit korang. Saya rekomen anda gunakan produk Clinique, Clinelle atau Mary Kay. Ini antara produk-produk yang saya tahu la tapi kalau ada jenama lain pun as long berasaskan semulajadi, tiada masalah.
5. Jangan Gosok dengan Kapas Muka Kasar-kasar
Tidak perlu tonyoh muka ganas-ganas semata-mata nak bagi bersih. Kalau ikut step di atas cukup dah pembersihan. Sebab boleh rosak lapisan kulit nanti. Ia mengundang kekeringan kulit dan meransang lagi pengeluaran sebum(minyak muka). Dan pastikan cara gosok pun kena betul. Untuk pembersihan, tarik kapas dari atas ke baawah dengan sekali tarik. Berbeza dgn cara memakai toner perlu tarik kapas dari bawah ke atas.
Ok. Sekian sahaja untuk hari ini. Kalau ada lagi tips lain, boleh la kongsi-kongsi ya.
Stay kawaii always. Bye~