Assalamualaikum,
Harini saya tak nak lah luah-luah perasaan lagi. Harini saya nak bercerita tentang kisah nasib orang yang memiliki kuku gelas. Hooo gitu~
Siapa-siapa yang pernah memiliki kuku gelas, pernah tak alami nasib yang sama macam penulis rasa? Ya ya, saya pun memiliki kuku gelas juga. Tak, sebenarnya kuku gelas tu apa ek? haa kalau nak tahu, kuku gelas tu ialah seseorang yang memiliki kuku yang panjang secara semulajadinya macam gelas.
Untuk pengetahuan, penulis mempunyai kuku gelas yang jauh lebih runcing dari gambar diatas. Kuku penulis runcingnya sampai tak nampak hujung jari (tip). Dan hal ini memberikan lebih banyak masalah apabila cikgu selalu ingat penulis ni tak potong kuku padahal...huhu
Nak diceritakan nasib penulis zaman2 sekolah dulu, bukan sahaja selalu kena tegur atau marah, tapi setiap kali isnin kalau zaman sekolah menengah, mesti tak terlepas dengan pengawas. Kalau pula sekolah rendah dulu sampai pernah kena rotan sebab kuku panjang, pernah cikgu potongkan kuku pastu terkena isi kuku. Sakit laa woi tapi apakah daya, dah lah lurus masa tu, sakit tak sakit tahan jela. Dulu masa penulis zaman budak-budak pijak semut pun tak mati dulu. Tapi memang selalu kena buli la cerita dia. Tapi pasal kuku tu memang dah nasib. Kalau sekolah agama pula, setiap hari jumaat dia cek. Jadi kalu nak bagi nampak betul-betul dah potong, penulis terpaksa potong kuku dua kali walaupun dah pendek, hari jumaat sebelum pegi sekolah dan isnin pagi sebelum ke sekolah juga. Kesian kan?
Tapi bila dah besar2 ni, tak sangka pula rupanya kuku gelas ni dikatakan sangat cantik dan ramai ingin memilikinya. Lebih bersyukur sebab kuku penulis memang hujungnya runcing betul2 rupa macam orang simpan kuku panjang. Jika ada yang membaca, penulis minta maaf kalau terbuat pembaca berkecil hati ke apa, bukan nak bangga tapi nak cerita walaupun orang lain rasa "wah, untung la dia kuku gelas, cantik..", tapi nampak tak kesengsaraan yang pernah kitorang lalui? Apapun, kuku gelas ke cawan ke yang penting kuku kita cantik dan sihat. Bersyukur jelah dengan segala pemberian Allah. Mana2 jenis pun penulis rasa dua2 sama cantik dengan keunikan masing2 macam seseorang yang memiliki kulit gelap macam penulis, penulis tetap rasa ianya unik dan cantik. Kita hanya tertipu dengan majoriti kehendak manusia yang cantik je mesti memiliki wajah cerah atau kuku mesti runcing je cantik, kalau kuku cawan tak, Helloo?? kalau Allah bagi semua orang kecantikan sama, tak unik la macam tu. Kan bahagia kalau kita sentiasa gembira dgn apa2 pemberian Allah. Haa gitu, bagus pun. Senyum :)
Baiklah sekian sahaja kisah nasib si kuku gelas. haha. sekian~
1 Gossip Cake:
Sama la kita kak
Post a Comment