Nano White
Nanowhite, a comprehensive whitening skincare range that has a remarkable technology called 'Happy Endorphne' which contains 3 unique ingredients of which are Nanotechnology, Endorphne Aromachology and Omega White-C.
Nanotechnology
help in transporting Nanowhite active ingredients more effectively deeper into the root of the epidermis.
Endorphne Aromachology
-the well-being molecules and induces a sense of happiness and good mood.
-relaxes and opens up the pores for better absorption of the Omega White-C, giving the skin an instant five times fairer and radiance from within.
Omega White-C
-helps to reduce the appearance of uneven skin tones and brown spots.
-helps to reduce the signs of ageing.
nano Penetration - 1000 times faster + effective.
nanowhitetm skincare technology enhances absorption through this approach:
• Aromatic scent opens up pores
• Smaller nano molecules penetrate pores much faster
Most effective whitening skincare with nano happy
1) Awakening Snow Wash - RM15.90
2) Microfoliating Clay Cleanser - RM17.90
Clarifying Cleansing Milk - RM19.90
Refining Treatment Toner - RM19.90
Polishing Renewal Exfoliator - RM28.90
Omega Day Shield SPF 50++ - RM29.90
Whitening Serum Concentrate - RM59.90
Intensive De-Pigmentor - RM48.90
DNA Protector + Whitening + Pre-Ageing + Refining - RM45.90
Cell Moist Whitenor - RM31.90
Hydrating Whitening Mask - RM25.90
Eye Brightener - RM25.90
Source from:- http://www.onlybeauty.com.my/product-detail.php?prodid=62&cateid=1
This is my first blog I have made and I would glad to share something with you about my new beauty regime product - NANOWHITE!
Before using Nanowhite, I merely use Safi Balqis since form 1 because my mum said that this product was confirm by Jakim that it is HALAL for muslim people. But I don't feel any effect on it. My skin had breakouts and became dull, maybe due to my skin being immune to it.
When I was teenager, I had a very bad skin problem which include dark spot, oily skin, pimples, dull face and all that kind of things. My friends ever told me and give advice to try to switch to another product cuz of my skin may immune to it, as I mentioned earlier.
I googled the product. In the Nanowhite campaign, Diana Danilelle wore a white high-collared Snow White-like dress with the tagline: “Fairer skin faster. It’s no longer a fairytale.”Er..but she's naturally fair because she's of Europen parentage, right? Hmm..
Another highlight of this product is that it contains ingredients that can produce beta-endorphine, which is a hormone created when one feels happy. In this case, the hormone is aptly called happy nano.This happy endorphine also lifts dead skin cells making product penetration easier. Hmm again....
The prices may vary. I have seen Nanowhite having discounts on their products recently so they might be cheaper now. I remember the time when I buy this product. I had use all my Raya money just for beauty skin exchange. It's sad but satisfied.
It's already pass for 7 years and then I intent to switch product into Nanowhite. Alhamdulillah, my crazy skin turn to flawless and baby skin gradually...:)
Seri Nano White
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2010/03/16
6ixth Sense, Fasha Sandha, Dira, Nurul Syuhada luangkan masa tinjau produk Tohtonku Sdn Bhd yang juga penaja ABPBH 2009
WANITA dan kecantikan umpama sahabat baik, wanita khususnya sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tampil cantik. Bagaimanapun, kini lelaki turut mengutamakan kecantikan. Memahami kehendak pelanggannya, banyak syarikat pengeluar produk kecantikan menawarkan pelbagai produk yang kini tidak hanya khusus kepada wanita tetapi juga lelaki.
Tohtonku Sdn Bhd, salah satu penaja Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, yang sudah bertapak lebih 46 tahun di negara ini bermula sebagai pengedar produk dari Jepun kini berjaya mengeluarkan pelbagai produk kecantikan pada harga berpatutan.
Syarikat yang mengeluarkan jenama syampu Follow Me satu ketika dulu kini mempunyai sebanyak 19 jenama produk dengan enam daripadanya adalah jenama utamanya iaitu Alaisyah, Secret, Ubermen, Nano White dan Nutox.
Bagi mengukuhkan lagi jenama Nano White yang baru tiga tahun berada di pasaran, Tohtonku sekali lagi menaja ABPBH sebanyak RM200,000 menerusi label berkenaan. Usaha sama itu terjalin kerana kepercayaan Tohtonku terhadap ABPBH yang sudah 23 tahun dianjurkan.
Usaha sama antara Nano White dan ABPBH termeterai baru-baru ini disaksikan Pengurus Komunikasi Tohtonku, Monita Goh dan Pengarang Hiburan merangkap Pengerusi Pengelola ABPBH, Hanizam Abdullah. Turut hadir pada majlis itu ialah empat finalis ABPBH iaitu Fahsa Sandha, Nurul Syuhada, 6xith Sense dan Dira Abu Zahar.
Monita Goh berkata, kerjasama dengan ABPBH dapat membantu mengembangkan lagi jenama Nano White yang masih baru di pasaran. Katanya, Nano White kini menyasarkan kepada pengguna Melayu. Dengan kerjasama bersama ABPBH serta label halal yang dimiliki produknya, Tohtonku yakin ia strategi yang baik untuk menarik pengguna Islam.
“Kami menerusi label Nano White amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama sekali lagi bersama ABPBH. Bagi kami kerjasama yang terjalin ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Pembabitan kami di dalam ABPBH secara tidak langsung dapat mendekatkan lagi jenama Nano White yang masih lagi baru di pasaran kepada pengguna kami,” katanya.
Sementara itu, empat finalis yang menyerikan majlis ini nyata teruja kerana dapat mengenali sebuah produk yang bernaung di bawah sebuah syarikat yang terkenal. Selain teruja dapat mengenali produk Nano White, mereka turut teruja kerana kehadiran ke dalam industri diterima peminat.
Sebagaimana keterujaan Tohtonku dapat bekerjasama dengan ABPBH. Begitu juga keterujaan empat finalis ini apabila dapat meloloskan diri di dalam senarai Top 5. Meskipun mungkin sukar untuk bergelar pemenang, namun kejayaan berada di dalam senarai lima teratas adalah kejayaan peribadi buat mereka.
Terkejut wartawan penyiaran masuk Top 5
PENGACARA Majalah 3, Nurul Syuhada sendiri tidak menyangka berjaya berada di tangga Top 5 hanya selepas lima tahun berada di dalam dunia penyiaran. Gadis yang digilap bakatnya menerusi pertandingan Malaysian Top Host terbitan TV3 itu terkejut apabila menerima kiriman e-mel menyatakan kejayaannya.
“Saya tidak menganggap diri saya selebriti. Saya menganggap diri saya wartawan penyiaran, tak sangka pula wartawan juga berpeluang dicalonkan kerana sebelum ini senarai itu dimonopoli artis. Selepas beberapa tahun, tak pernah pula nama saya tersangkut. Apabila diberitahu mengenai pencalonan ini, saya memang sangat terkejut.
“Mungkin peminat menghargai kerja yang saya lakukan di dalam program Majalah 3. Selama tiga tahun mengendalikan Majalah 3, saya mengakui selesa dengannya. Malah, kini kami sedang sibuk mengumpul bahan untuk wajah baru Majalah 3, banyak yang ingin kami ketengahkan pada musim baru sempena 25 tahun usia program itu,” katanya.
Seperti mana Nurul Syuhada, 6xith Sense juga mengalami nasib sama. Empat tahun dalam industri, baru kini nama mereka berjaya menembusi senarai lima popular.
Tanpa angan-angan tinggi, kumpulan yang dianggotai Wan, Atan, Ayoi, Adi dan Gjie itu menganggap pencalonan mereka di dalam kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular sebagai peluang untuk menaikkan lagi nama kumpulan mereka.
Juga tidak menyangka mampu berada di dalam senarai itu, 6xith Sense turut tidak menafikan mereka terkejut apabila diberitakan mengenai perkara itu. Ucapan terima kasih mereka tujukan buat peminat kerana jika bukan mereka, 6xith Sense tidak mungkin berada di dalam senarai ini.
“Undian peminat hanya dapat kami balas dengan memberikan kerja yang baik untuk mereka. Alhamdulillah, tahun ini kami dapat merasakan peminat menerima kami. Lagu kami seperti Tanpa, Khatimah Cinta, Tak Bisa Memilihmu diterima baik oleh peminat.
“Kami tak meletakkan harapan tinggi untuk menang apa lagi menghadapi saingan sengit kumpulan indie khususnya iaitu Hujan, Meet Uncle Hussain & Black, Bunkface serta Adam dan Stacy. Bagi kami tersenarai di dalam Top 5 adalah kemenangan untuk diri sendiri,” kata mereka.
Tak sangka artis bergelar ibu ada peluang
DIRA Abu Zahar, pendatang baru yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular pula tidak menyangka, wanita yang sudah berumahtangga dan memiliki seorang cahaya mata sepertinya masih diterima masyarakat.
“Ketika mula menjejakkan kaki ke dalam industri ini, saya sedar tidak memiliki pakej lengkap sebagai seorang artis. Apabila melangkah kaki dalam dunia lakonan, saya hanya berlandaskan apa yang saya ada.
“Pelakon wanita ramai, lagipun saya bermula pada usia yang agak lewat iaitu 23 tahun. Jadi saya tak menyangka nama boleh tercalon sehingga mampu berada pada senarai Top 5. Saya juga tidak mempunyai isu untuk disensasikan, namun saya tidak dapat menafikan pembabitan dalam Sehati Berdansa juga salah satu faktor yang membantu,” katanya yang pernah membintangi drama Rona Roni Makaroni, Merah Putih dan Delima.
Pelakon kontroversi yang memiliki nama indah, Nur Fasha Sanda pula tidak menyangka kontroversi yang melandanya satu ketika dulu langsung tidak menjejaskan popularitinya. Sokongan padu peminat menyebabkan pelakon jelita ini terasa dia begitu dihargai, hingga setiap hari dia memastikan akan berkomunikasi bersama mereka melalui laman sosial sebagai tanda terima kasih.
“Pelbagai dugaan yang menimpa saya tahun ini menyebabkan saya tidak menaruh harapan untuk berada dalam senarai Top 5. Saya terharu kerana peminat masih ada hati untuk mengundi. Setiap orang mahu menang, bagi saya perasaan itu normal. Namun saya berserah dengan apa saja keputusan.
“Jujur saya amat-amat terharu dengan peminat. Ini adalah tahun kelima nama saya dicalonkan. Bagi saya bukan senang untuk berada dalam senarai Top 5 kerana sekarang ini pelakon baru ramai,” katanya.
Petikan dari:- Berita Harian Online
Nanowhite ada cop HALAL!
Dec 22, Tanyalah mana-mana wanita sekalipun, pastinya ada yang teringin untuk memiliki wajah secantik watak mitos popular, Snow White.
Namun bagi pelakon dan penyanyi muda berbakat, Diana Danielle, 20, dia cukup beruntung kerana kecantikan yang dimilikinya telah disama ertikan dengan karektor ikon berkenaan menerusi kempen produk penjagaan wajah, Nanowhite.
Lihatlah betapa jelitanya Diana. Kelembutan dan keaslian personalitinya sambil bermain-main bersama unggas hutan telah mencipta satu raksa yang sempurna untuk dirinya dipilih sebagai jurucakap bagi rangkaian produk kecantikkan yang lengkap itu.
“Sememangnya saya menggemari Snow White. Jadi bila pihak Nanowhite mahu saya tampil sebagai karektor berkenaan dalam kempen iklan mereka, seronok tak terhinggalah saya.
“Bukannya mudah untuk menggayakan liuk lentuk tangan seiras Snow White. Untuk itu saya telah menonton filem dan animasi Snow White sehari sebelum penggambaran dibuat. Lebih seronok lagi bila ada arnab dan burung yang menemani saya ketika penggambaran di dalam studio,” katanya berkongsi pengalaman.
Peminat Diana akan dapat melihat penampilannya sebagai karektor pujaan ramai, Snow White di beberapa media tempatan bermula April ini.
Diana berkata, kontrak selama setahun yang diikat bersama Nanowhite merupakan satu peluang keemasan buatnya untuk berkongsi seberapa banyak pengalaman serta kelebihan menggunakan produk tempatan itu.
Malah dia akui, sejak menggunakan Nanowhite akhir tahun lalu, nyata telah banyak mengubah struktur kulitnya untuk kelihatan lebih cerah dan bersih dari segala noda, mahupun cela, apatah lagi menghilangkan kesan kedutaan penuaan pada wajah.
“Dalam beberapa variasi produk Nanowhite, saya sukakan Clarifying Cleansing Milk kerana struktur bahannya yang lebut dan harum. Manakala untuk penjagaan mata pula, saya gunakan Eye Brightener bagi mengurangkan garis penuaan.
“Kerana kerjaya saya yang banyak terdedah pada pancaran matahari terutama ketika penggambaran dan juga ulang alik dari sekolah, jadi saya memilih Omega Day Shield SPF 50++. Ianya membantu menggelapkan kulit wajah saya,” katanya mengulas lebih lanjut beberapa produk keluaran Nanowhite.
Mempunyai label halal, Nanowhite adalah satu-satunya produk penjagaan kulit yang mengandungi happy endorphne iaitu bahan yang boleh membuka sel kulit untuk penyerapan yang lebih baik selain member kesan pemutihan yang terhalus. Boleh didapati pada harga serendah RM15.90, kesemua produk Nanowhite boleh didapati di seluruh negara.
Sumber dari:- http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=5845&c=30&s=152
۩ Diana Danielle Bertukar Menjadi Snow White Malaysia
۩ Diana Danielle duta Malaysia??
Beruntung sungguh insan yang bernama Diana Danielle nie. Hari tue DD baru jer dapat jadi model untuk barangan kemas, tup-tup berita terbaru kami dengar dia dah jadi duta untuk produk Nano White.Bertuah sungguh badan. Siap buat photo shoot ala-ala Snow White untuk promosi barang Nano White. Memang sangat sesuai ~~~~~
Yang peliknya kami pakai gak pencuci muka Nano White nie tapi tak putih-putih pun muka. Rasanya kalau kulit memang dah kasar, tonyoh dengan berus basuh baju pun tetap tak putih macam Diana Danielle. Agaknya kena pakai Clorox kot. Hehehe.
Nampaknya tahun 2010 nie rezeki Diana Danielle memang mencurah-mencurah. Tahniah kami ucapkan. Lagi gambar Diana Danielle semasa pelancaran produk Nano White dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Diana Danielle Yuku.
Sumber dari :-http://beautifulnara.com
0 Gossip Cake:
Post a Comment